zis pergi tengok cerita ini pada 08 April 2011 di Golden Screen Cinemas (GSC) bersama zynnea. Pada mulanya kami bercadang nak tengok pada 07 April 2011, tetapi hari tu kami sangatlah sibuk. Baru sekarang ada masa untuk pergi tengok wayang.
Dilarang Masuk adalah sebuah cerita tentang empat orang sahabat yang pergi mengembara di dalam hutan. Malangnya mereka telah tersesat di dalam hutan tersebut. Tiba-tiba, mereka ternampak sebuah pintu pagar menuju ke sebuah rumah bungalow yang sudah usang. Mereka pun mengambil keputusan untuk masuk ke rumah tersebut untuk berehat kerana hari sudah semakin gelap.
Mereka telah berpecah di dalam rumah tersebut kerana masing-masing ingin berjalan-jalan di sekitar di dalam rumah tersebut. Fatia telah menemui seutas rantai di dalam tandas rumah tersebut. Ronnie dan Juli pula menemui barangan kemas yang berharga di dalam sebuah bilik di rumah tersebut. Manakala Badrul menemui sepasang mayat yang sudah lama mati. Mereka mula panik kerana mereka mendapati bahawa mayat-mayat tersebut telah mati dibunuh. Ini kerana mereka telah menemui sepucuk pistol di sisi mayat itu. Walau bagaimanapun, mereka tetap mengambil keputusan untuk tinggal di rumah tersebut kerana hari sudah pun malam.
Kemudian, Fatia menemui sebuah bilik yang misteri. Fatia seperti terlihat bayang-bayang seorang gadis di bilik tersebut. Jadi, Badrul pun pergi menyiasat bilik tersebut. Hasil daripada siatan itu, Badrul telah menemui tiga buah beg pakaian yang penuh dengan duit. Ronnie mengambil keputusan untuk mengambil duit tersebut. tetapi rakan yang lain tidak bersetuju.
Tiba-tiba, Badrul terlihat seperti ada orang di luar tingkap. Jadi mereka pun mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut. Tetapi mereka dihalang oleh Ronnie dan akhirnya mereka setuju untuk bermalam di rumah itu tetapi dengan syarat semua pintu dan tingkap dikunci bagi menghalang orang di luar itu masuk ke rumah. Dalam masa yang sama, Fatia telah menemui sebuah bilik yang dikunci daripada dalam. Fatia seperti dapat membayangkan apa yang terjadi di dalam bilik tersebut.
Ketika Badrul bersama Fatia, Badrul mendapati ada kesan luka di tangan Fatia. Jadi, Badrul beranggapan itu adalah perbuatan Ronnie kerana Ronnie dan Fatia adalah pasangan kekasih. Ketika Badrul dan Ronnie sedang bergaduh, Fatia telah menghilangkan diri. Mereka semua pun pergi mencari Fatia dan akhirnya Badrul menjumpai Fatia di dalam bilik yang berkunci itu. Fatia seperti dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sedang menunjukkan ke arah nama Salwa di dinding bilik itu.
Sekali lagi Fatia telah menghilangkan diri ketika Badrul dan Ronnie bergaduh di dalam bilik itu. Mereka cuba mencari Fatia di luar kawasan rumah dan akhirnya Ronnie menjumpai Fatia yang sedang menggali sesuatu di luar rumah itu. Kemudian mereka mengambil keputusan untuk keluar dari rumah itu dan Juli pun mencadangkan mereka membawa bersama harta dan duit tersebut.
Ketika mereka cuba untuk keluar daripada rumah itu, Fatia telah melarikan diri kerana ingin menyambung menggali lubang itu. Fatia beranggapan itu adalah kubur Salwa dan akhirnya Fatia telah ditangkap dan dikurung di dalam bilik berkunci itu oleh seseorang. Pada masa yang sama, Badrul telah pengsan akibat dipukul oleh Juli. Juli mengugut Ronnie dengan menggunakan pistol yang diambil di sisi mayat itu untuk bekerjasama dengannya merampas semua harta dan duit yang ada. Ronnie terpaksa akur dan mengangkat beg-beg yang berisi harta dan duit itu.
Akhirnya Ronnie berjaya melarikan diri setelah menolak Juli jatuh ke dalam gaung. Ronnie segera berlari untuk menyelamatkan Fatia. Dalam masa yang sama, Badrul terlebih dahulu sampai di bilik yang mengurungkan Fatia. Malangnya, Badrul telah dibunuh oleh orang yang menculik Fatia itu. Lelaki tersebut telah membelah dada Badrul dan mengambil jantungnya. Rupa-rupanya, jantung yang ada pada Fatia sekarang adalah jantung milik Salwa. Akhirnya Ronnie berjaya menyelamatkan Fatia. Tetapi malangnya lelaki tersebut telah menghilangkan diri. Pada ketika itu, pihak polis pun sampai di tempat kejadian. Rupa-rupanya bukan Salwa seorang yang pernah menjadi mangsa tetapi ramai lagi orang lain yang pernah menjadi mangsa lelaki itu.
Dilarang Masuk Movie Synopsis (English Version):
I watched this movie on 08 April 2011 at Golden Screen Cinemas (GSC) with my friend. We want to watch this movie earlier but we are too busy.
Dilarang Masuk is a story about four friends who go hiking in the woods. They were lost in the forest. Suddenly they saw a gate leading into an old bungalow. So, they decided to go into that bungalow to rest because the day going darker.
They had broken up in the house because each of them walk around the house. Fatia have found a necklace in the toilet of the house. Ronnie and Juli found valuable jewelry in one room. While Badrul found a pair of long-dead corpse. They started to panic because they discovered that those dead bodies were killed by someone. This is because they found a gun on the side of the body. However, they decided to stay at home for the day was already night.
Then, Fatia have found a room. Fatia saw the shadows look a girl in the room. So, Badrul went to investigate that room. Then, Badrul was discovered three suitcases with full of money. Ronnie decided to take the money. But the others do not agree.
Badrul suddenly saw looks like there are people outside the window. So they decided to get out of the house. But they were blocked by Ronnie. Finally they agreed to stay at that bungalow on one condition which is that all doors and windows must be locked to prevent people to enter the house. At the same time, Fatia have found a room locked from inside. Fatia looks like can imagine what is happening in the room.
When Badrul with Fatia, Badrul found some wounds at Fatia's hand. So, Badrul suspect Ronnie did that because Ronnie and Fatia were lovers. When Badrul and Ronnie was fighting, Fatia had disappeared. They all go to find Fatia. Badrul found Fatia in a locked room. Fatia was unconscious and is being shown to the name of Salwa in the wall of the room.
Fatia again disappeared when Badrul and Ronnie fought in that room. They try to find Fatia outside the bungalow. Ronnie finally found Fatia being dug out of something. Then, they decided to get out of that house. Juli suggests that they bring together those jewelry and money.
When they tried to get out of the house, Fatia had fled because she wants to continue digging the hole. Fatia think it is Salwa's grave. However, Fatia been arrested and confined in a locked room by someone. At the same time, Badrul was beaten unconscious by Juli. Juli threatened Ronnie with a gun taken nearby the dead corpses. Ronnie had to accede to and lift the bags containing the jewelry and money.
Ronnie finally managed to escape after pushing Juli fell into ravine. Ronnie ran to save Fatia. At the same time, Badrul was the one that come first to Fatia. But Badrul was murdered by those who kidnapped Fatia. The men were divided Badrul chest and take his heart. Apparently, Fatia's heart was owned by Salwa. Ronnie finally managed to rescue Fatia. But unfortunately the man had disappeared. Police eventually arrived on the scene. Apparently, Salwa was not the only one who has been a victim but many others who have become victims of that man.
RATING:
I personally give 2.5 over 5 star for this movie. This movie is not actually a horror movie. It is more like suspend movie. The story and the script are little bit unstructured. However, it is a good try =D
KEYWORD: Latest movie releases , Malaysian movie , Dilarang Masuk Movie Review
Posted by: zis 

» If you like this page, click LIKE =D
» Share this page with your friends =D
Share
