zis tengok cerita ni pada 12 April 2011 di Golden Screen Cinemas (GSC) bersama zynnea. Kami saja pergi tengok wayang untuk membuang masa dan merehatkan minda.
Source Code adalah sebuah cerita tentang bagaimana seorang lelaki ditugaskan untuk mencari siapa pengebom yang meletupkan sebuah keretapi. Lelaki tersebut adalah Captain Stevens. Pada mulanya Captain Stevens mengalami kekeliruan apabila dia terjaga dan berada di dalam sebuah keretapi bersama seorang perempuan yang bernama Christina. Dia mula berasa panik kerana sepatutnya dia berada di dalam sebuah helikopter tetapi tiba-tiba pula berada di dalam sebuah keretapi. Ketika dalam keadaan kelam-kabut itu, tiba-tiba keretapi itu meletup.
Apabila dia terjaga, sekali lagi dia berasa keliru kerana kali ini dia berada di dalam sebuah kapsul. Di situ dia bertemu dengan seorang wanita bernama Captain Goodwin. Kemudian Captain Goodwin menerangkan keadaan sebenarnya apa yang sedang berlaku. Barulah dia tahu bahawa dia sedang dalam misi untuk mencari siapa pengembom tersebut. Dalam misi ini, dia dimasukkan ke dalam tubuh manusia lain dan setiap proses itu akan mengambil masa selama 8 minit sahaja. Bermaksud, dia kena cari siapa pengembom itu dalam masa 8 minit sahaja. Jika dia gagal, dia proses ini akan terus berulang sehingga dia berjaya.
Selepas beberapa kali cubaan, Captain Stevens berjaya mengesan di mana bom itu berada. Bom itu berada di atas syiling di dalam sebuah tandas. Selepas itu, dia cuba mengekori seorang lelaki yang dipercayai sebagai suspek. Malangnya sangkaan dia salah.
Pelbagai usaha dilakukan termasuklah dengan menggunakan sepucuk pistol yang dicuri dari keretapi itu. Ramai juga di antara penumpang tersebut yang disyaki tetapi semua tekaan itu adalah salah. Sehingga pada satu ketika, Captain Stevens mengambil telefon bimbit pada bom tersebut dan cuba untuk mendail nombor yg ada di dalam telefon itu. Akhirnya dia berjaya menjejaki siapa pengebom itu, Derek Frost. Malangnya usaha dia tetap gagal setelah ditembak oleh Derek. Tetapi maklumat tersebut berjaya disampaikan kepada Captain Goodwin dan Derek berjaya ditangkap oleh pihak polis. Ini kerana setiap kali Captain Stevens mati, dia akan kembali ke dalam kapsul itu.
Tetapi cerita ini tidak berakhir di sini. Ini kerana Captain Stevens meminta untuk dikembalikan ke tempat keretapi itu semula kerana dia ingin menyelamatkan semua orang yang berada di dalam keretapi itu termasuklah Christina. Tetapi permintaannya tidak diluluskan oleh doktor yang mencipta mesin tersebut. Akhirnya dia merayu kepada Captain Goodwin dan Captain Goodwin pun menunaikan permintaan Captain Stevens itu tanpa kelulusan pihak atasan.
Jadi, dalam masa 8 minit yang diberi, dia berjaya menahan Derek Frost. Kali ini dia mencabar seorang pelawak yang kebetulan berada di dalam keretapi itu untuk membuatkan semua orang ketawa. Cabaran itu disahut dan berjaya dilakukan oleh pelawak tersebut. Dan masa 8 minit itu pun habis. Tetapi apa yang mengejutkan adalah Captain Stevens terus kekal berada di dalam badan manusia tersebut dan hidup seperti biasa. Bermaksud, dia tidak lagi kembali di kapsul itu. Rupa-rupanya, selama ini apa yang terjadi bukanlah di dalam komputer semata-mata tetapi adalah betul-betul di dunia yang nyata. Bermaksud, Captain Steven berjaya menyelamatkan keretapi itu daripada terus meletup.
Source Code Movie Synopsis (English Version):
I watched this movie on 12 April 2011 at Golden Screen Cinemas (GSC) with my friend. Just wanna release tension and killing our time.
Source Code is a story about how a man who was assigned to find the bomber who blew up a train. The man was Captain Stevens. At first, Captain Stevens had confused when he woke up and was in a train with a woman named Christina. He began to panic as he should be in a helicopter, but suddenly stood in a train. When the situation was chaotic, the train suddenly exploded.
When he awoke, he felt confused again because this time he was in a capsule. There, he met a woman named Captain Goodwin. Then Captain Goodwin describes the actual state of what is happening. Only then he did realize that he is on a mission to find out who these bomber. In this mission, he inserted into the body of another human being and every process that takes about 8 minutes. Which means he has to find that bomber within 8 minutes. If he fails, he will continue to repeat this process until he is successful.
After several attempts, Captain Stevens managed to trace where the bomb was located. The bomb was on the coin in a toilet. After that, he was attempting to follow a man who is believed to be suspects. Unfortunately, he followed the wrong guy.
Various efforts were made, including using a gun stolen from the train. Many among the passengers was a suspect, but all guesses are wrong. So that at one point, Captain Stevens took the phone in a bomb and tried to dial the number available in the phone. Finally he managed to track the bomber named Derek Frost. Unfortunately, he still failed after being shot by Derek. But the information is successfully communicated to Captain Goodwin and Derek caught by the police. This is because every time Captain Stevens died, he would return to the capsule.
But this story does not end here. This is because of Captain Stevens asks to be returned to the train again because he wanted to save all who are in train, including Christina. But the request was not approved by the doctor who invented the machine. Finally, he appealed to Captain Goodwin and she fulfilling the request without the approval of her superiors.
So, in a given time of 8 minutes, he managed to hold Derek Frost. This time he took a comedian who happened to be on the train to make everyone laugh. The challenge was successfully carried out by the comedian. And the 8-minute run out. But what is surprising is the Captain Stevens continues to stay in the human body and life as usual. Which means that he does not return in the capsule. Apparently, for this is not what happens in the computer alone but is right in the real world. Means, Captain Steven managed to save the railway from continuing to explode.
RATING:
I personally give 3.5 over 5 star for this movie. It is a good story. This movie make us wanna know what will happen next. This movie make us questioning ourselves so many questions. Even though this movie is a little bit confusion, but it is still a good movie =D
KEYWORD: Latest movie releases , Hollywood movie , Source Code Movie Review
Posted by:
zis 

» If you like this page, click LIKE =D
» Share this page with your friends =D
Share
